Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Khamis, 6 Mac 2014

Hantu Hutan (Kisah Seram)

Hantu Hutan (Kisah Seram) | Saya Hyqel. Saya ingin berkongsi pengalaman yang agak menyeramkan yang pernah saya betul-betul alami. Pada waktu itu, saya di menengah satu. Sekolah kami telah menganjurkan kem riadah untuk kami di Sentosa. Ada orang kata, Sentosa tu berhantu. Apabila berada di sana, saya berasa amat selesa dengan suasana di sana tetapi apabila suasana sudah kelihatan gelap, seram sejuk dibuatnya.

Mungkinkah Ia Malaikat??? (Kisah Seram)

Mungkinkah Ia Malaikat??? (Kisah Seram) | Nama saya Lubalang, saya harap cerita ini menjadi sandaran untuk semua yang membacanya kerana ada di antara kita yang tak percaya pada yang ghaib. Kalau ianya hantu, itu terpulanglah tapi kalau malaikat, wajib hukumnya. Dahulunya waktu kecil, saya mungkin dikurniakan sedikit kelebihan kerana selalu dapat melihat sesuatu yang ghaib. Kalau Cik Pon dan yang bermata merah pun dah pernah saya bertentangan mata, sehingga sekarang masih tak boleh lupa.

Pengalaman Sewaktu Perkhidmatan Negara (Kisah Seram)

Pengalaman Sewaktu Perkhidmatan Negara (Kisah Seram) | Kisah yang ingin saya ketengahkan ini berlaku kepada abang saya kira-kira 15 tahun yang lalu, sedang abang saya menjalani latihan perkhidmatan negara. Dia dan rakan2 telah diarahkan untuk berkhemah seorangan dan berjauhan dari yang lain. Mereka hanya dibenarkan membuat khemah berbentuk huruf L, sekadar melindungi panas matahari, tapi kalau hujan tetap akan basah.

Kisah Seram Di Pantai Changi (Kisah Seram)

Kisah Seram Di Pantai Changi (Kisah Seram) | Nama saya Nadia (bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku di pantai Changi kira-kira sebulan yang lepas. Waktu itu kelas saya mengadakan barbeku untuk kelas berinteraksi antara satu dengan yang lain kerana kami baru sahaja masuk ke sekolah baru.

Pada malam itu, saya dan teman lelaki saya sedang duduk di sebuah pondok bersebelahan dengan jalanraya. Saya duduk membelakangi teman lelaki saya. Kami sedang berbual dan tiba2 sebiji buah kelapa jatuh dari pokok dengan kuat. Saya tersentak kerana terperanjat. Apabila saya pusing untuk melihat teman lelaki saya, beliau dengan pantas menarik tangan saya lalu berkata, "Lincah! Sebelum terlambat. kite pergi balik ke 'pit'!" Pada mulanya saya ingat beliau bergurau jadi saya tarik balik tangan saya tetapi dari raut wajahnya yang panik, saya terus bangun dan mengikutnya.

Beli Rumah (Kisah Seram)

Beli Rumah (Kisah Seram) | Saya bertugas sebagai ejen hartanah, tugas saya ini sungguh mencabar. Kadangkala saya harus membawa pelanggan saya untuk melihat rumah pada waktu malam. Kisah ini terjadi pada tahun lalu, di mana saya telah membawa 'pelanggan' untuk melihat rumah di kawasan Tampines. Saya telah aturkan empat buah rumah untuk 'pelanggan' saya melihat.

Setibanya di rumah pertama kira2 jam 8 malam, tidak ada apa2 yang menarik sangat tentang rumah itu jadi saya pun pergi ke rumah yang kedua. Tepat pada pukul 8:45 malam, saya dan 'pelanggan' menunggu ejen 'penjual' di kolong flat tersebut. Suasana di sana amat sunyi, bloknya pula berhadapan dengan PIE. Banyak pokok2 besar dan tebal mengelilingi kawasan sekitaran blok itu. Setibanya ejen tersebut, kami pun dibawa naik ke tingkat 8. Rumah yang hendak dijual itu rumah paling hujung, jauh daripada lif, dan rumah itu telah pun dikosongkan..

Kejadian Di Sebuah Kilang Di Kaki Bukit(Kisah Seram)

Kejadian Di Sebuah Kilang Di Kaki Bukit(Kisah Seram) | Kisah ini baru terjadi pagi tadi. Rakan kerja saya yang memberitahu tentang cerita ini. Ia terjadi di dalam bangunan kerja saya yang berada di daerah Kaki Bukit. Ceritanya tak berapa seram tapi bulu roma saya tetap naik apabila mendengarnya kerana saya kerap ke tempat itu. Kawan saya merupakan seorang penyambut tamu manakala saya bekerja sebagai minah kilang tapi membuat kerja2 kerani.

Begini ceritanya. Seorang pekerja pembersih memberitahu rakan saya daripada pukul 6 pagi salah sebuah tandas terkunci dan tak boleh dibuka. Tandas itu selaluny digunakan pihak atasan sahaja. Rakan saya ada kuncinya dan cuba membuka pintu itu tapi gagal. Dia ketuk pintu tu dan bertanya samada ada orang atau tidak tapi tiada yang menyahut. Rakan saya menjadi risau kerana takut ada orang pengsan di dalam bilik air tu dan segera memanggil bahagian "facility" untok tolong membukanya.