Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Selasa, 2 Julai 2013

Pengalaman di Melaka... (Kisah Seram)

Pengalaman di Melaka... (Kisah Seram) | Saya ada pengalaman untuk saya kongsi bersama. Ini berlaku beberapa minggu yang lepas. Saya dan keluarga hendak pulang ke kampung di Melaka. Saya bertolak dari rumah sekitar jam 12 tengah malam. Selepas sejam setengah memandu, saya sampai di Melaka tapi belum sampai ke rumah mak saya. Abang saya ada memberitahu jika hendak cepat sampai, saya harus melalui jalan ....... Saya pun lalulah jalan itu. Jalan tu hanya muat untuk satu kereta berlalu dan sangat gelap.

Selepas sepuluh minit berlalu di tempat itu, saya ternampak ada seorang perempuan berbaju putih sedang menggendong bayi dan rambutnya sangat panjang. Masa tu saya panik sangat, tak tau nak buat apa. Saya terus membaca Ayat Kursi sebanyak dua kali. Saya terus memecut kereta dengan laju kerana sangat takut. Nasib baiklah anak dan isteri tidak nampak "benda" itu, sebab mereka sedang tidur nyenyak di dalam kereta. Selepas dua puluh lima minit memandu, akhirnya saya sampai di rumah mak saya. Isteri saya bertanya kepada saya, "Hai bang, nampak macam takut aje, nampak hantu ke?" Saya terus mengatakan kepada isteri saya bahawa saya cuma kepenatan sahaja. Sejak hari tu saya tidak berani pulang ke kampung lewat malam KC saya memang tak berani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan