Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Rabu, 12 Jun 2013

Hasad Dengki (Kisah Seram)

Hasad Dengki (Kisah Seram) |  Saya tinggal di bahagian utara Singapura. Kisah yang saya akan keutarakan mengenai hasad dan dengki ipar duai sebelah isteri. Ipar saya sanggup selama ini mengada-adakan cerita fitnahnya kepada orang tua saya. Bila ibu bapa saya tahu hal ini dengan sikap menantunya itu tersangat sedih. Menantunya juga mengharamkan ibu bapa saya bertemu anaknya dan cucunya juga. Rupa-rupanya menantunya itu iri hati dengan bapa mentua dan abang iparnya yang mempunyai kenderaan sendiri. Dalam diam dia juga membeli kereta tanpa mempunyai lesen.

Semasa kami baik dahulu dia sudah menabur barang di dalam dan luar rumah saya dan juga rumah orang tua saya. Barang yang saya maksudkan itu seperti penanggal, pocong, orang hitam dan juga kakak cantik. Ada kejadian aneh di mana rumah akan kedengaran perempuan menangis, tingkap diketuk. Anak saya menangis setiap malam melihat lembaga itu di luar tingkap. Kami memanggil seorang pakar datang ke rumah. Pakar itu memberitahu kami bahawa orang yang terdekat punya angkara. Pakar itu hanya tolong mana yang mampu kerana sudah terlampau banyak. Saya hanya berserah kepada Illahi supaya ipar saya balik ke pangkal jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan