Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Selasa, 21 Mei 2013

Kisah Jin Tanah Di Seberang (Kisah Seram)


Kisah Jin Tanah Di Seberang (Kisah Seram) | Pakcik saya seorang pemandu bas sekolah di sebuah kolej yang baru dibuka beberapa tahun yang lalu. Kolej itu terletak di Pagoh berdekatan Lebuh Raya Pagoh. Asal tapak kolej itu adalah hutan belantara. Setelah dibuka, bermacam-macam gangguan yang berlaku di situ atas sebab jin tanah di situ. Ia telah menganggu murid di asrama & juga guru-guru di situ sehinggakan pada suatu malam seorang guru agama iaitu Ustaz meminta keizinan daripada guru besar supaya membuat majlis tolak bala' untuk menghalau jin yang menganggu mereka.

Lalu kesemua murid, guru & petugas yang Muslim & bukan Muslim disuruh berhimpun di dewan untuk upacara tolak bala' pada malam itu. Dan beberapa orang Ustaz di situ memulakan doa. Sedang umat Islam sibuk berzikir, bunyi dentuman yang amat kuat kedengaran di luar dewan & membuatkan kesemua orang di dalam dewan itu terkejut dan diiringi dengan bau busuk seperti bangkai.


Setelah itu, dewan telah didatangi oleh dua orang yang berpakaian seperti pahlawan purba dan terus menemui ustaz-ustaz tadi. Sukar untuk mempercayainya tapi mereka mengaku bahawa mereka adalah ketua jin & penghulu di hutan itu. Lalu salah seorang ustaz mengarahkan mereka berpindah & jangan mengganggu manusia di situ, kerana tempat itu telah dijadikan kolej kerajaan. Kata pakcik saya, hampir satu jam mereka berbincang dangan ustaz itu untuk mereka (jin) berpindah dari situ. Mereka berbual tidak mengeluarkan suara, kata salah seorang ustaz yang ditugaskan untuk menghalau mereka. Katanya ia menggunakan kuasa rohani iaitu batiniah.

Memang benar, jin tetap nak membuat perjanjian bersyarat. Syaratnya adalah mereka boleh keluar dari kawasan kolej itu, akan tetapi dengan syarat, mereka hendaklah dihantar mengunakan bas sekolah. Terdengar apa yang dikatakan ustaz itu, pakcik saya dah mula takut, kerana di sana hanya dia seorang sahaja pemandu bas sekolah itu. Hendak atau tidak dia harus memandunya. Lalu ustaz pun menyenangkan masalahnya dan memberitahunya bahawa dia akan bersamanya di dalam bas.

Waktu & hari telah pun dijanjikan iaitu pukul sepuluh malam. Pakcik saya & ustaz menanti mereka (jin) di dalam bas lalu pakcik saya pun bertanya pada Ustaz, "Mereka dah ada dalam bas Ustaz?" Lalu ustaz menjawab, "Belum lagi, buka pintu bas supaya mudah mereka nak masuk nanti..." Pakcik saya tak nampak pun sesiapa di luar bas. Tetapi dalam beberapa minit bas mula bergoyang seperti orang menaiki bas lalu Ustaz pun tersenyum. Kata Ustaz dalam keadaan berbisik pada pakcik saya, katanya bas dah mula penuh dan menyuruh pakcik saya mulakan pandu bas tu keluar dari kawasan kolej itu.

Pakcik saya pun bertanya pada Ustaz, "Ustaz kita nak ke mana ni?" Jawabnya, "Masuk lebuhraya..." Dalam beberapa kilometer selepas plaza tol, loceng bas ditekan, lalu Ustaz menyuruh pakcik saya hentikan basnya dan ramai yang turun mengucapkan terima kasih pada pakcik saya. Tetapi pakcik saya tidak dapat melihatnya. Esok paginya pakcik saya kena demam panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan