Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Ahad, 12 Mei 2013

"Kembar" Mak Ikut Pulang!!! (Kisah Seram)

"Kembar" Mak Ikut Pulang!!! (Kisah Seram) | Nama saya Irwan. Saya tinggal di Yishun. Saya ada satu kisah yang berlaku pada tahun 2012
.Kejadian ini berlaku sebulan selepas mak saya pulang dari menunaikan haji. Sejak pulang dari Makkah, mak saya memang suka pergi ke kelas ugama. Kelas ugamanya selalu pada malam Khamis di salah sebuah masjid di Singapura. Selalunya kelas mak saya akan tamat sekitar jam sepuluh malam. Dia akan naik MRT dan juga bas dari Pusat Pertukaran Bas Yishun untuk pulang ke rumah. Selalunya, dia akan sampai di perhentian bas dalam jam 11.15 malam. Setiap kali, saya akan tunggu dia di pusat pertukaran bas atau di perhentian bas depan blok saya kerana takut akan keselamatan beliau. Untuk pengetahuan umum, saya anak tunggal dan bapak saya bekerja malam sebagai pegawai keselamatan.


Pada satu malam, saya habis kerja lambat. Saya sampai di Pusat Pertukaran Bas Yishun pada jam 11.15 malam dan saya cuba menelefon mak kerana ingin tahu dia berada di mana tapi tak dijawab. Jadi, saya pun naik bas dan tunggu mak saya di perhentian bas. Sambil menunggu, saya telefon mak berkali-kali tapi masih tak dijawab. Malam itu pula hujan gerimis turun. Nasib baik saya ada payung kecil. Setelah sepuluh minit menunggu, akhirnya saya ternampak mak saya jalan menuju ke perhentian bas dari arah perhentian yang sebelumnya tanpa menggunakan payung.

Saya pun lari ke arahnya dan teduhkannya dari hujan. Saya perasan mak saya pakai telekung serba putih seperti dia pakai untuk ke Makkah sebulan lalu. Saya tak tanya apa-apalah. Suka hati dia nak pakai apa. Tapi saya bertanya, "Kenapa mak tak turun kat tempat biasa? Irwan telefon dari tadi tak jawab pun..." Mak saya jawab, "Mak salah turun. Mak tertinggal telefon di rumah..." Dengan tak berfikir apa-apa, saya pun jalan dengan mak menuju ke lif. Lif sampai, kami pun naik. Sampai saja di depan pintu, saya keluarkan kunci untuk buka pintu. Mak saya tunggu di belakang sambil memegang payung. Baru saja saya buka mangga pintu, pintu rumah saya ada orang buka dari dalam.

Dalam hati, saya ingatkan mungkin bapak saya tak pergi bekerja. Tapi bila pintu terbuka luas, saya terkejut bila saya ternampak mak saya yang buka pintu dari dalam. Saya terus istighfar dengan kuat dan terus pusing ke belakang dan saya nampak payung kecil saya ada terbaring di lantai. Saya berdiri seorang diri di koridor! Mak saya terkejut dan kemudian bapak saya kelihatan lari ke arah kami dari dapur. Bapak saya bertanya, "Kenapa Wan? Apasal?" Saya tak tahu apa nak jawab. Mak saya cakap muka saya pucat. Saya terus lari masuk tandas untuk cuci muka dan cuci kaki. Selepas itu barulah saya dapat ceritakan apa yang berlaku kepada mak dan bapak saya. Rupa-rupanya, mak sampai rumah sejam yang lalu kerana bapak saya tak bertugas hari itu dan pergi mengambilnya dari masjid. Mungkin saya ketakutan atau terperanjat, kerana saya demam panas selama lima hari selepas itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan