Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Jumaat, 26 April 2013

Gangguan Di Hotel Batam... (Kisah Seram)


Gangguan Di Hotel Batam...




Kisah ini terjadi pada akhir bulan April tahun ini, saya sekeluarga telah pergi bercuti di Batam, untuk satu malam. Kami menetap di Hotel 89. Inilah pertama kali kami menetap di hotel ini. Saya telah menempah empat bilik untuk saya & isteri, mentua saya, ibu bapa dan adik ipar. Bila mendapat tahu bilik mana kami menetap, saya & isteri di tingkat 8 dan lagi tiga bilik berada di tingkat 4, Bila saya minta semua bilik berada di tingkat 4, bahagian resepsi itu mengatakan hotelnya sudah penuh, kami pun terima sajalah. Setelah satu hari sekeluarga keluar membeli-belah, kami pulang ke hotel agak lewat dalam jam 10 malam, tetapi saya dan isteri tidak terus naik ke bilik, kami duduk di bilik mentua saya berbual-bual sehinggalah jam pukul 12 malam.


Setibanya di bilik kami, saya dan isteri ada terbau busuk (tak dapat nak mengatakan bagaimana baunya) tapi dua2 buat bodoh saja. Sedang isteri saya berada di tandas, dan saya menonton televisyen, tiba2 saya terdengar ketukan pada tingkap bilik kami. Bila saya periksa tak ada apa2 di luar, dalam hati terfikir juga siapa yang ketuk tingkap kami, sedangkan tingkat 8 adalah yang paling atas. Selang dua puluh minit, ketika saya dan isteri sedang makan, kita berdua dikejutkan dengan ketukan pada tingkap yang sama, cuma kali ini kuat sedikit, saya cuba menenangkan hati isteri saya dengan mengatakan secara pura2 yang saya tak dengar.




Ketika jam menunjukkan dua pagi sedang kami hendak tidur. Kami dikejutkan dengan ketukan ketiga yang amat kuat pada tingkap kami dan dengan tiba2 kami rasa macam tak sedap hati dan bulu roma kami meremang, saya terus menyuruh isteri saya kemas barang2 dan saya menelefon pejabat utama hotel untuk tukar bilik, tetapi mereka mengatakan malam itu hotelnya penuh. Kami terus mengambil keputusan bermalam di bilik ibu saya. Dalam perjalanan ke lif, saya ternampak bayangan pocong di hujung penjuru dengan jelas sedang memerhatikan kami berdua. Syukur isteri saya tak nampak, orangnya memang lemah semangat. Setibanya di bilik ibu, kami terus tidur.


Keesokan hari apabila dalam perjalan ke terminal feri di Batam, saya dapat tahu bahawa hotel itu ada ceritanya tersendiri apabila diberitahu oleh pemandu teksi di Batam. Tetapi dia enggan mengulas dengan lebih lanjut lagi kisahnya pada saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan