Selamat Datang Kepada Anda Semua

Seram Giler La - Merupakan Blog Himpunan Kisah Seram Dan Mistik Yang Benar-Benar Atau Tidak Sengaja Berlaku Di Sekeliling Kita. Sumber Koleksi Kisah Seram Dan Mistik Ini Dan Gambar-Gambar Yang Dikumpul Dari Sumber Internet Mahupun Email Yang Dihantar Kepada Saya . Tujuannya adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman seram yang tak pernah kita lalui sepanjang hidup kita.. Keseraman Bermula Hanya Di Sini

Halaman

Isnin, 11 Februari 2013

Hantu Ribut (Kisah Seram)


Hantu Ribut



Nama saya Kak Mah. Peristiwa ini berlaku sewaktu saya sedang hamil anak yang ketiga. Pada waktu itu, kandungan sudah hampir lapan bulan. Kira-kira sekitar jam 2 pagi, saya tidak dapat lelapkan mata sedangkan suami dan anak-anak sedang nyenyak tidur. Saya bangun dan lihat ke arah tingkap. Saya memandang ke arah langit dan berkata dalam hati, "Hari macam nak hujan ni..." kerana langit kemerah-merahan ditambah dengan angin yang agak kencang. Sambil itu saya melihat ke arah anak-anak dan suami yang begitu nyenyak tidur. Tiba-tiba terasa pula badan saya ini seram sejuk. Saya mula hendak masuk tidur sedangkan saya tidak mengantuk pun. Sedang saya berbaring, tiba-tiba saya ternampak pintu bilik saya DIBUKA OLEH SESEORANG tapi cuma dapat dilihat hanya pada paras lengannya sahaja! TANGAN ITU HITAM BERBULU! Lalu 'benda' itu hanya merenggangkan pintu tersebut. Ia seolah-olah menyuruh saya keluar daripada bilik.

Saya cuba gerakkan suami tapi tiada reaksi, seperti tidur mati ataupun dipukau! Selalunya dia senang tersedar. Dalam hati berkata, "Siapakah itu? Adakah bapaku yang tinggal serumah denganku? Kalau bapa, tangannya TIDAK BERBULU! Atau orang yang pecah masuk rumah ke? atau ..... ?" Saya mula bangun secara perlahan dan tutup pintu itu serapat-rapatnya. Tiba-tiba secara serentak, dua pintu bilik saya yang lain dihempas! Seperti orang mengamuk! Terperanjat saya! Saya mula rasa takut dan ingat apa yang saya tahu baca, ayat-ayat suci. Terkumat-kamit mulut saya sampai terlelap dan tiba-tiba pintu saya diketuk orang. Rupa-rupanya dah hampir Subuh dan bapa saya kejutkan untuk solat. Lalu saya bertanya pada bapa, "Bila bapa bangun, adakah dua pintu bilik yang lain tertutup rapat?" Tapi jawapannya, "TIADA!" dan saya mula menceritakan padanya apa yang berlaku semalaman. Bapa pula hanya berkata, kemungkinan itu adalah JEMBALANG TANAH ataupun HANTU RIBUT. Nasib saya mungkin agak baik sikit kerana saya tidak keluar dari bilik. Kalau keluar juga... Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan